Petua yang ingin dikongsikan walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih
atau ‘white distilled vinegar’ boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah.
Cuka mempunyai tahap keasidan yang
sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria dan juga kuman.
Mencuci menggunakan cuka adalah cara
yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang
merbahaya dan cuka juga adalah bahan yang mesra alam dan sangat
menjimatkan.
Cuka yang dimaksudkan di bawah ini
adalah cuka putih yang biasa digunakan dalam resepi masakan. Ce cube eh....mane2 yg berkenaan ;
.
.
.
1.
Masalah singki atau tombol paip
‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur; Sental menggunakan
bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2.
Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya
berbau harum semula; Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka
pekat.
3.
Membersihkan dan mewangikan saluran
paip singki dan lubang paip lantai; Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian
1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4.
Menghilangkan bau pada tong sampah atau
tempat pengumpulan sampah; Tuangkan sehingga rata ½ cawan
Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan
bilas menggunakan air panas.
5.
Cuci Microwave oven; Campurkan ½ cawan
cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di
dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan
makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan
kain sehingga bersih.
6.
Bersihkan rak dan dinding dalam peti
ais;
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7.
Bersihkan daki dan kotoran di atas peti
ais;
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8.
Bersihkan pintu oven daripada selaput
minyak;
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit
sebelum mencuci dengan span.
9.
Mengembalikan semula seri pada gelas
yang telah pudar; Rendamkan
kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas
tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10.
Tanggalkan daki yang
melekat pada cawan;
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11.
Menghilangkan daki
dan bau hapak pada bekas plastik; Lap menggunakan kain yang telah
dibasahkan dengan cuka.
12.
Menghilangkan kesan
bau pada bekas makanan; masukkan sekeping roti yang telah
direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13.
Menghilangkan daki
daripada ‘Coffee Maker’; Isikan tangki air ‘coffe maker’
tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas.
Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air
biasa untuk membalas.
14.
Menghilangkan kesan
daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dll; rendamkan dalam cuka
untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi
menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
15.
Menghilangkan bau
cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk; Bersihkan kawasan
yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut
dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas
kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa
hari.
16.
Untuk menanggalkan
tanda harga, decal atau label pada bekas; Bungkus atau tutup dengan kain yang
telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
17.
Membersihkan bahagian
roda pada alat pembuka tin; Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan
berus gigi terpakai.
18.
Membersihkan minyak
pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven; Celupkan sponge ke
dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
19.
Untuk menyegarkan
bilik air;
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air.
Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik
air.
20.
Membersihkan tompokan
kotoran pada karpet;
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk
menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut
pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian
karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada
bahagian lain).
21.
Membersihkan gunting
yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.); Lapkan dengan kain
yang telah direndam dalam cuka pekat.
22.
Membersih serta
menghilangkan bau air kencing di atas tilam; Campurkan sedikit cuka dan air dan
gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian,
renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika.
Berus atau vakum selepas kering.
23.
Membersihkan
peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar; Campurkan garam dan
cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini
untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
24.
Menanggalkan tompokan
hitam di dalam periuk aluminium; Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan
air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan
air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
25.
Menghindarkan semut; Semburkan cuka pekat
di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang
sering di hurungi semut.
26.
Memulihkan sponge
atau pengelap pinggan;
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam
selama semalaman.
.
.
.
haaa....byk x bykla tips ni. sanggupx sanggup nk bace & rajin x rajin jer nk cube...
k, take care!