Thursday, October 17, 2013

STICKER LABEL FOR GOODIES BAG


Ehem!

Lagi 7 hari Dalili Damia nk masuk 5 tahun, dan....untuk pertama kalinye lah mama dia baru dpt buat somethings utk kawan2 dia. sebelum2 ni mama dia cume bercita2 & berniat jer....terbuatnye tetap x trcapai. 

Untuk sambutan birthday dia sebelum2 ni just sambut dengan famili, sepupu sepapat or paling2 pun beli cake & bwk ke taska. Penah jugak mama yang buat cake. Homemade! Damia yang request kat mama buat cake utk cikgu2 dia. Baik hati dia....alhamdulillah.

So, berbalik pada cerita asal...utk yang kelima tahun ni mama nakla buat goodies bag utk kawan2 kakak ni. isi dalam tu simple2 jer. langkah pertama mama dh berjaya settle. Sticker label utk goodies bag dia...

Simple tp mama suke!

Harap2 kakak damia pun suke....huhuuu




ok, kasik close up sket plk




Simple je kan? xpe, yang penting mama nye puas hati sbb buat sendri. DIY you! heheheheee

Dh siap goodies bag tu nanti bolehla share kt entry yang lain.

*
*
*
Bahagia seorang ibu yang suke buat anaknya hepi

x perlu bende2 mahal2. x perlu hebat2 sgt.

yang penting ikhlas, bersungguh & cantik kat mata anak....insyaAllah dia suke. 

HAPPY!

;)
=)



Wednesday, October 16, 2013

MULTI-VITAMIN FOR HOLISTIC HEALTH




simple & free jer multi-vitaminnyer =)

*
*
*


"Alhamdullilah"  
for what we have;

"Insha'Allah" 
for what we intend;

"Subhana' Allah" 
when we see something exciting or amazing ;

"Astaghfir'Allah" 
when we lose our tempers or become weak, and most importantly,

"Allahu Akbar"  
when we are faced with the challenges of life.


These five phrases, said regularly, are like taking a multi-vitamin for holistic health.

*
*
*

jom sesame amalkan, yg dh amalkan....bagus, alhamdulillah & teruskan =)

...loves ...

MARRIAGE IS A SCHOOL

 
Ce bace ni, menarik sgt2..
 
*
*
*

Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
 
A school where you will never graduate. 
 
A school without a break or a free period. 
 
A school where no one is allowed to drop out. 
 
A school which you will have to attend every day of your life. 
 
A school where there is no sick leave or holidays. 
 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
 
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
 
Remember this school is the safest place to be. 
 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
 
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
 
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
 
When tempted to quit find the courage and continue. 
 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
 
Its your choice today:” build it or break it”. 
 
*
*
*
 
text ni bukan saya yang hasilkan, just copy & paste dari blog Dr. Harlina. Best sgt2 kan? betul ape semua tu.. 
 
thanx Dr. Harlina, adore u =) 
 
 

CUKA + SURIRUMAH = tips membersihkan peralatan




Petua yang ingin dikongsikan walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih atau ‘white distilled vinegar’ boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah.


Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria dan juga kuman.


Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan  yang mesra alam dan sangat menjimatkan.


Cuka yang dimaksudkan di bawah ini adalah cuka putih yang biasa digunakan dalam resepi masakan. Ce cube eh....mane2 yg berkenaan ;

.
.
.


1.     
 Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur; Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.



2.     
 Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula; Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.



3.     
 Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai; Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.



4.    
 Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah; Tuangkan sehingga rata ½ cawan  Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.



5.      
Cuci Microwave oven; Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.



6.      
Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais; Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.



7.     
 Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais; Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.



8.      
Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak; Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.



9.      
Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar; Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.



10.   
Tanggalkan daki yang melekat pada cawan; Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.



11.  
 Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik; Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.


12.   
Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan; masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.



13. 
 Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’; Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.



14.  
 Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dll; rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.



15.   
Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk; Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.



16.   
Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas; Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.



17.   
Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin; Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.



18.  
 Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven; Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.



19.   
Untuk menyegarkan bilik air; Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.



20.  
 Membersihkan tompokan kotoran pada karpet; Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).



21.   
Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.); Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.



22.   
Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam; Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.



23.   
Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar; Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.



24.   
Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium; Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.


25.   
Menghindarkan semut; Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.

26.   
Memulihkan sponge atau pengelap pinggan; Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.

.
.
.

haaa....byk x bykla tips ni. sanggupx sanggup nk bace & rajin x rajin jer nk cube... 

k, take care!